Friday, February 11, 2011

permasalahan di ladang....salah siapa


DIMANA SILAPNYA???SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN???

Berikutan isu pengambilan Tanah di Dun Ladang ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai  spekulasi yang baik dan buruk dimana akan menjejaskan pemerintahan kerajaan hari ini di Negeri Terengganu.

Di antara perkara yang menjadi isu hangat adalah berkaitan harga sewa penempatan yang disediakan. Perbezaan harga yang sangat ketara diantara rumah 3 bilik dan 4 bilik juga menjadi topik yang dibualkan.

Tiada pihak yang tampil untuk memperjelaskan mengapa wujudnya jurang harga yang terlalu ketara diantara 2 katagori rumah ini. Secara personalnya harga sewa rumah RM 300 untuk 3 bilik adalah dikira berpatutan kerana lokasi penempatan ini adalah dikawasan bandar. Namun bagi rumah yang mempunyai 4 bilik yang mana harga sewanya RM 850 adalah sangat tidak munasabah. Sehingga kini penduduk masih lagi tertanya-tanya tentang status pemilikan rumah tersebut samada sewa beli atau hanya sekadar sewa sahaja.

Disini peranan daripada pihak kerajaan amatlah diperlukan untuk menjelaskan mengapa isu jurang harga ini wujud diantara 2 katagori rumah ini. Diharapkan dengan penjelasan yang menyeluruh daripada pihak kerajaan dapat menyelesaikan kemelut yang melanda di Negeri Terengganu ini.


Di dalam arus yang serba moden, masih ada lagi segelintir rakyat di Negara kita yang masih berfikiran kolot menunding jari kepada pihak yang tidak sepatutnya untuk menyelesaikan semua masaalah yang dihadapi. Berbalik kepda video yang telah ditayangkan oleh RTM beberapa minggu lepas tentang isu pengambilan tanah di Kampung Ladang, Tok Pelam. Ianya telah menimbulkan beberapa isu tentang pembangunan kerajaan di Negeri Terengganu.

PKR yang menjadi teraju untuk menggulingkan Kerajaan dan menyamar sebagai NGO dalam video yang telah disiarkan bagi memastikan nasib penduduk dikawasan itu terbela. Isu ini di gembar-gemburkan dalam media tetapi tiada penjelasan dari pihak berwajib seperti Pejabat Tanah atau NGO yang terbabit. Dimana Silapnya???? Adakah Pihak PKR hanya menjadikan isu ini untuk mewujudkan sensitiviti dan dalam menjatuhkan Kerajaan dan Barisan Nasional.

1 comment: